
Assalamualaikum wbt.
Hehe.. kalau ditengokkan ke pada tajuk dia mesti ada yang tak paham.
ada juge yang buat buat xpaham.
dan bg sesiapa yang paham mesti ingat saya nak kahweng. (kahwin dlm bahasa sanskritnya)
hehe mcm mana topik ni leh keluar pulak erk? haha
ok alkisahnya bermula apabila sy duk lepak petang2 bersama ayahnda tersayang.
tpi xdde lah saya cakap yang sy nk kahweng.. haha (blom masanya lagi walaupun ada org ajak)
ok enough!
papa cakap tentang hubungan kakak-kakak saya dgn pasangan masing2. dia dah semakin risau dengan kakak2 kertu ku yg xkahwin2. lebih2 lagi kaklong yang dah mencecah umur 28tahun.. anak2 kwn dia smua dah kahweng. anak dia belom lg.. ntah bila nak merasa timang cucu..
honestly saya pon xsabar nak tengok kakak2 kesayangan saya kahweng..
Dalam perbualan tuh papa ada jugak sebut jenis-jenis menantu macam mana yang dia suka..
wahhh ini best neh bila masuk topik neh..
papa cakap dia tak kisah kalau anak2 dia nak kahweng dgn pasangan pilihan sendiri. janji anak2 dia bahagia. and lagi dia cakap, dia tak kisah bakal menantu dia tuh pangkat apa sekalipun. dia bukan nak menantu ada title datuk ke, doktor ke, mejistret ke, kerja best2 ke, dia xkisah smua tuh. kalau ada, itu kira bonus la. kalau xde pun xpe, dia tak kisah langsung.
apa yang dia pandang and risaukan adalah keturunan. dia harap anak2 dia hidup bersama lelaki yang berketurunan org yang baik2. sebab dia cakap, once anak2 dia kahwin, bukan kahwin and hidup berdua je dgn suami. automatically kahwin dgn family lelaki tuh skali and family kitorang pon automatically jadi satu famuly dgn family lelaki tuh. so kalau leh dia nak family kita jadi lagi besar dan bermesra mcm keluarga yang bahagia. iye lah, sesetengah perkahwinan kan ada besan dgn besan xngam, menantu ngn mertua xngam la. Dia xnak mcm tuh. dia xnak ada awkward moment which is kalau ada majlis apa2 yg melibatkan 2 pihak, masing2 xbertegur sapa, xleh nak bekerjasama dan sebagainya. kan xbest mcm tuh.. kita kan family.
gitewww...
Papa cakap dia fikirkan utk jangka masa yang panjang, dia kata nnt kalau contoh salah seorang anak dia kahweng dgn family yg susah nak ngam ngn org lain gitu susah bila satu hari nnt bila papa dh tua nak menumpang ke ape ke jadi masalah and mybe akan jadi gaduh ke ape ke.
dalam hati sy..hmm betul jugak..
so apa yang papa maksudkan adalah papa nak silaturahim antara kedua2 keluarga tuh best la.. sporting dan seronok bila dah bergabung sebagai sebuah keluarga. yelah, sbg contoh yg leh sy bayangkan, kalau ada kenduri kendara ke, masing2 turun padang. kan seronok mcm tuh..
kalau duit banyak sekali pun, tinggi mana sekalipun pangkat kalau xreti menjaga hubungan kekeluargaan tak elok jugak kan.. Ye lah, once pmpuan dah kahwin, mmg automatically pmpuan tuh jadi milik lelaki/ suami and syurga berada di bawah tapak kaki suami. Tapi hubungan kekeluargaan jugak penting. Jadi sebelum kahwin, kenal pasti dlu mcm mana latar belakang lelaki tuh, keluarga dia mcm mana. hati budi dia macam mana. jgn terburu-buru sngat sbb kahwin ni bukan perkara main2. kita nak bina masjid kan. bila bina masjid, takkan sampai hati kita nak robohkan mcm tuh je. ye dok?
so saya sangat gembira bila papa cakap dia tak tengok pangkat atau pekerjaan lelaki yang anak2 dia pilih. apa yang dia pentingkan adalah hati budi dan penerimaan sebagai sebuah keluarga.
dia taknak suatu hari anak sendiri pun tak boleh nak jumpa bila masing2 dah kahwin kan.
And ada satu bende yang dia kata kalau boleh dia nak anak2 dia kahwin dengan orang melayu kita. Kalau leh xpayah la kahweng ngn omputeh ke, omhitam ke sbb ntahlah.. dia kata sbb kita dah sebati dgn adat budaya org melayu. kalau leh biarlah org melayu. Papa bukan bersifat racist ke ape. Cuma saya sndiri pun rasa saya lebih prefer lelaki melayu utk jadi teman hidup saya.
so, insyallah xde lah timbul byk masalah kalau kahwin sesama melayu ni. dan semestinya ISLAM sejati, bukan sekadar nama.
itu pun penting. walaupun papa xde sebut pasal ni sbb ianya sgt general kan. tapi biar sy sebut. kalau boleh biarlah lelaki tuh lelaki yang boleh membimbing sampai ke syurga atau erti kata lain, ke jalan yang diredhai Allah. Yelah, lelaki bila dah berkahwin kan bermakna dia dah merangkul satu tanggungjawab yang besar, dia dah menjadi ketua dalam sebuah keluarga dalam membimbing isteri dan anak2. kalau suami tuh lingkup. mcm mana la isteri dan anak2 nak maju kehadapan. susah la. takkan lah si isteri nak kene membimbing suami yg lingkup. mungkin tak mustahil tp agak susah sbb lelaki ada sikap ego. sbg isteri kita xboleh berkasar dgn suami. jadi proses membimbing tuh agak sukar kalau nk dibandingkan dgn perempuan. Jadi kalau boleh saya nak sarankan kepada setiap lelaki Muslim yg nk berkahwin khususnya. sudah bersediakah kamu untuk memindahkan syurga di bawah telapak kakimu apabila sekali kamu melafazkan akad. bersediakah kamu untuk membimbing dan menjadi khalifah kepada isteri dan anak2mu? berkahwin mmg pada mata kasarnya seronok, mudah tp sudah bersediakah kamu untuk memikul tanggungjawab yg besar tu? pikir-pikirkanlah.
(okay, dah kenapa serius sgt bunyinye)
Ya Allah, ku mohon kepada Mu, kurniakanlah aku lelaki yang bisa membimbingku ke jalanMu Ya Allah..
tapi apa pun saya akan sentiasa mengingati apa yg disebut di dalam surah An-Nur , ayat 26.
Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

hmm mcm sedap je. bahagian mana nak makan dulu ni erk? dahi ke telinga?? nyuuummm..

okay ni smua anak2 gadis En.Mohd Nawawi bin Mat Sidek. Sila lihat nombor diatas.. Sila ikut giliran k. Saya nombor 5. (Nombor 4 tak disebut sbb dia anak lelaki).. so mcm jauh je lagi okayh perjalanan saya nk berumah tangga, lgpun sy masih muda, ceit.. haha kalau leh saya tak nak langkah bendul. biarkanlah kakak2 sy yang lepas dulu. Banyak lagi perkara lain yg saya nak pikir. saya masih lagi belajar. Calon suami pun belum sempat nak cari lagi. =) hehe ok enough cakap pasal kahwin. saya cuma akan sentiasa doakan kebahagiaan kakak2 saya yang tersayang. saya tak kisah siapa sahaja bakal abg2 ipar saya. Cuma saya harap dia dapat bahagiakan kakak2 saya dan takkan lukakan hati mereka..
<3 love..
saya? biarlah masa yang menentukan (cewah)
lambat lagi lah.. hahaha
oklah sampai sini saja yg mampu saya bebelkan.. terima kasih =)